Friday, 8 December 2017

SAHABAT, AKU RINDU.

Sahabat,
masih kau ingat waktu kita bersama?
berjalan menggegam tangan
sambil kita ketawa keriangan
sampaikan kita lupa setiap penderitaan.

Sahabat,
hari ini tidak seperti selalu
kita tidak lagi bersama mendungak langit biru
tidak lagi beriringan memegang bahu
tidak lagi berkongsi cerita lucu

Apa Tuhan sedang mengatur
mengatur setiap langkah perpisahan kita
tapi kenapa ?
aku masih ingin kamu disini
berkongsi setiap suka duka perjalanan hidup ini

Sahabat,
aku rindu...
andai aku bisa putarkan sedikit waktu
tidak akan aku lintasi lorong itu
lorong hitam pemusnah cerita kau dan aku

Tapi sahabat,
aku tidak berdaya.
aku tidak mampu melawan segalanya
apa harus aku terima
bahawa antara kita tidak lagi sejiwa

Sahabat,
terima kasih untuk setiap hari-hari yang indah
ingat! bangkitlah jika engkau rebah
aku tidak mampu lagi memapah
seribu maaf jika aku yang bersalah

Tuhan,
ku ingin titipkan sedikit pesanan kepadaMu,
mohon jagakan dirinya buatku
aku ingin dia tersenyum selalu
seperti mana aku bersamanya dahulu





Wednesday, 22 March 2017

Menukar Older Page, Newer Page and Home Kepada Gambar

Disebabkan harini bosan tahap apa pon dah taktau plus staff semua takde amik cuti termasuk boss hilang ghaib (meeting agaknya) so tinggal lah ira dan kaksu (pembantu tadbir) terkontang kanting didalam office yang kesunyian ni. Haha amboi intro tu over betul hahaha.

Okay so timbul lah sedikit sifat kerajinan nak share tutorial dengan you guys semua !!! Tutorial apa ekk. Alahh seperti tajuk diatas tu. Harini ira nak ajar uolss camne cara nak menukar perkataan Older,Newer Pages and Home kepada gambar.


Haa kalau korang taktau apa yang ira maksudkan ni boleh lah tengok contoh gambar kat bawah ni:

okay !!! takyah lah kita buang masa lagi kay, Hehe. Ira tau korang mesti nak blog korang comel camni kan . kihkihkih

okay ikut step ni :

1.Sign Blogger > Design > Edit HTML 

2.  Cari code di bawah, nak mudah uollss tekan Ctrl F, lepas keluar kotak Find, paste code di bawah ke dalam kotak Find.

expr:title='data:newerPageTitle'><data:newerPageTitle/>

3. Replace/padamkan code yang dimerahkan ( Newer Page )dan gantikan dengan code ini

<img src='https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi9PUdVTVJFFbwm1RCHxisgIcXyjEvqT5E_9hvR7tEaAKgojSD0R1tCpG6XgJPv7wA1qy34Ym9z2ULm9xCrBa234D7mLxTuUK4BBUU7SICeYFhRECbuffrq_MggWBZ1vJh_UQcgt2Pwhwo/s1600/638148hihxwgn8gx.gif'/>

* Boleh tukar yang biru dengan icon/gambar url ikut citarasa yang uolss nak : 

4. Cari code ini untuk gambar older pages pula :

expr:title='data:olderPageTitle'><data:olderPageTitle/>
5. Replace/padamkan code dimerahkan dan gantikan dengan code di bawah

<img src='https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhGQ7oLVUh6cLpIA4VyNpUjUs7HcNcn-SLeFqdBak6YjkAZGcNyzZnv64wsga7Uelf0AnbLqUstippMnxl_KDis4z9n-XRQ4tS4c1yZWytNAygSMAwljySA0KrmPkcg_V1DzIa8vlbfcQY/s1600/older.gif'/>

* Boleh tukar yang biru dengan icon/gambar url ikut citarasa yang uolss nak :

6. Cari code ini untuk Home pula :

expr:href='data:blog.homepageUrl'><data:homeMsg/>

7. Replace/padamkan code yang dimerahkan dan gantikan dengan code di bawah

<img src='https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhCLToV6v0T9QmTpU1l9C4tiY1tjzzWjTLSnMxYn9zeV1INTx30_ILCuPWYULtH7MNIcqCxwtHqfTmADL8wZJFfEg7ASWAJEss7GnOdksfQGCCDeFjBzaG5rxEc8H2eHUe9ybnSqn3qcpM/s1600/home+sweet+home.gif'/>

* Boleh tukar yang biru dengan icon/gambar url ikut citarasa yang uolss nak :)

8. Preview and SAVE. If gambar uolss tak keluar bila korang preview tu, uolss SAVE jee.

 GOOD LUCK 

Tuesday, 7 March 2017

Netizen

Sejak kebelakangan ni ramai netizen2 yang tak bertauliah muncul dilaman sosial. Apa itu netizen? Haa meh lah ira explain sikit definisi netizen yee. Netizen adalah gabungan daripada dua perkataan iaitu Net(internet) dan Cetizen(warga). Gabungan dua perkataan ini menjadikan perkataan “Netizen”. Jika seseorang mengakses dan menggunakan internet seperti blogger, pengguna laman sosial facebook, twitter, email, instagram, dan sebagainya, golongan ini adalah dinamakan sebagai “netizen”. 

okay! Bukan nak berpolitik gaiss cuma nak cakap sikit lah. Apa yang saya nampak masyarakat sekarang ni terutama anak2 muda sekarang hanya pandai berkata-kata tanpa hasil. Bercakap umpama raja tapi langsung tak bertindak. Nothing gaiss. Bila cakap pasal politik semua nak nampak gah nak nampak hebat. Sebab apa? Sebab terlalu terpedaya dengan media sosial yang selalu menjatuhkan bangsa sendiri dan terlalu dengar cakap orang sekeliling dan percaya tanpa usul periksa. 

Tidak kisah lah seseorang itu salah atau tidak kalau tak nampak kejadian yang berlaku depan mata kalian jangan berani nak tampilkan diri seperti di dalam parlimen. Lebih baik berdiam dan bertindak tanpa kata apa2. Bukan berdebat tanpa bertindak. Apa hasilnya ? Bukan tak bersetuju dengan pendapat masyarakat cuma sesetengah daripada mereka sangat keterlaluan dalam memberi pendapat. Saya tidak berpihak dimana2 pihak dan seperti yang saya cakap penulisan ini bukan untuk berpolitik. Tapi anda anda dan anda jika ingin menulis sesuatu baca dahulu berulang kali sebelum di publishkan. Memberi nasihat dengan elok itu lebih baik daripada menghina. Tidak salah jika anda ingin memberi pendapat tetapi biarlah dengan cara yang elok dan tidak menggunakan bahasa2 yang kasar. Penghinaan kalian akan nampak yang anda lagi teruk dari yang teruk. 

Haa lagi satu, bagi netizen2 yang suka kecam2 orang buat parodi sana sini. Korang tak rasa ke bila korang buat macam tu korang pon menunjukkan diri korang yang sebenar tau. Yee, mungkin itu hanya satu hiburan tapi bila sampai tahap mengguris hati orang lain itu bukan lagi hiburan sedangkan mereka sendiri tidak menjatuhkan aib anda. Kita sendiri selalu cakap budi bahasa budaya kita. Tapi kita sendiri tidak mempraktikkan adab dan budi bahasa itu sendiri. Beri pendapat biarlah dengan cara yang elok bukan dengan cara menghina dan menjatuhkan orang lain. Kita sendiri selalu membuat kesilapan bahkan sering mengulangi kesilapan. Peringatan saya ini untuk diri sendiri juga . Hehe ! Biarlah yang baik tu kita ambil dan manfaatkan dan yang buruk itu jadikan pengajaran.

Tuesday, 28 February 2017

Arrow Back To Top



Kalini I nak ajar uolss macam mana nak buat 'ARROW BACK TO TOP' kat dalam blog korang. Alah gaiss benda ni simple jee. So, dont worry lah mesti jadi punya. Okay, uolss boleh ikut step by step yee !

1. Dashboard > Design > Layout > Add Gadget > Html/JavaScript

2. Copy code kad bawah ni then paste kan dekat dalam add gadget tu



<a style="display:scroll;position:fixed;bottom:5px;right:5px;" href="#" title="Top"><img src="URL GAMBAR" /></a>

3. Warna yang I merahkan tu olss boleh letak URL GAMBAR yang uolss nak kat situ

4. Then boleh lah SAVE !!!

*Click here to more picture 


GOOD LUCK 

Monday, 27 February 2017

Tutorial : About Me



Hello ! Kalini ira nak bagitau korang macam mana nak buat 'About Me' kat blog korang. Apa tu about me ? Hmm meh lah ira tunjuk sikit . Haa korang tengok kat bawah ni 
Haa ini lah dia mendalah 'About Me' tu, Hehe !!!

1. Okay, first of all uolss kenalah cari gambar dulu. Better amik kat FB jee senang. Then bila dah jumpa gambar yang uolss nak, uolss copy link macam contoh I tunjuk kat bawah ni




Eh tak siap lagi tau ! Hehe
Okay step seterusnya !

2. Dashboard > Design > Layout > Add Gadget > Html/JavaScript

3. Kat bahagian atas tu akan ada Edit HTML / RICH TEXT. Then click EDIT HTML and paste link yang uolss copy kat FB tadi

4. Then, uolss ikut macam contoh kat bawah ni

<center><img src="https://scontent.fkul8-1.fna.fbcdn.net/v/t1.0-9/16939456_1352980151428828_3327464268448770980_n.jpg?oh=4f881cc99e0f1cc99a1ae1a3d9cef09d&oe=594544E0"/><center>

5. Lepas paste LINK dari FB tadi uolss kena tambahkan yang warna merah macam I tunjukkan kat atas ni

6. Okay, then uolss tulis lah apa2 pasal uolss kat bawah gambar tu. Dah settle ? Okay, uolss boleh save kay !


GOOD LUCK 

Tutorial : Masukkan Header ke Dalam Blog


Hai gaiss ! Bagi yang mana baru nak berjinak pinak dengan blog ni meh lah I ajar macam mana uolss nak letakkan header kat dalam blog korang. Yay, I know that ramai blogger yang dah tau. So, this tutorial just for new bloggers yang still taktau camne nak letakkan header kat dalam blog.

Just simple step gaiss. Follow it !!!


1Dashboard > Design > Layout > Header > Then tekan edit

 korang boleh rujuk gambar kat bawah ni 



2. Lepas tu akan keluar macam ni


3. Jangan lupa click save ! 


GOOD LUCK 

MATA TUA



Bersungguh-sungguh engkau memelihara tangan,
daripada segala berat dan ringan

hari ini matamu kelihatan pudar
tidak seperti biasanya
bagai ada sakti dewa dewi
seperti ada sesuatu yang tersembunyi
tersembunyi disebalik jiwamu yang suci

hari ini engkau nampak lemah
tidak gagah seperti biasa
namun engkau tidak pernah berubah
sentiasa bangkit walau selalu rebah

hari ini engkau tidak ceria 
tidak lagi ketawa 
engkau hanya berduka
tanpa semua menyedarinya

hari ini engkau selalu menunggu
menunggu bayangan yang tak pasti
bayangan anak anak kecil yang berlari-lari
anak kecil yang sering engkau rindui

hari ini tidak ada lagi bayangan keriangan
kemana hilangnya anak anak kecil itu
anak kecil yang selalu mendakapnya
yang selalu menciumnya
yang selalu ada mengisi hari-harinya

hari ini engkau terus menunggu
tetapi engkau tidak lagi menunggu anak anak kecil itu
engkau menunggu sesuatu yang pasti
sesuatu yang setia menanti
iaitu bayangan syurgawi istana yang hakiki

                       -NRFHAKIRA-


PHOTO BY : Instagram (duan)
LOCATION : Kuala Terengganu

Sunday, 26 February 2017

1st Day Internship

Gaiss, know what !!! I taktau lah kenapa I betul2 nekad sangat nak intern kat Terengganu ni . I dont know why. Maybe kat sini tenang . Yang paling best sebab ada pantai tu jee. Haha !!! Padahal membe2 I semua intern kat KL. Hmm, I start my intern on January 31, 2016 in UMT. So, let's enjoy here with new place, new environment annnnndddddddd new friends ! Jangan stress2 tau fhakira. Hehe ! I hope my life will be better lah berbanding kat KL kotaraya bandar pemusnah jiwa tu. Stress kemain lah kat sana. Tapi ada bestnya juga kat sana takde lah sepanjang masa I stress. takkan lah sampai camtu sekalikan. Haha ! Okay lah back to the topic kay. My 1st day kat UMT ni takde lah teruk sangat. Cuma UMT ni besar lah uolss jauh besar berbanding dengan University I. I dah nekad kat sini I nak buang semua sikap takut and pemalu I. so I datang sini sorang2 jee tau. I dapat offer dari UMT untuk intern di Bahagian Audit Dalam(BAD). Hmm, thats what I want ! Bukan sebab I minat Audit tau tapi sebab senior and lecturer pernah pesan kalau nak intern better kat Audit firm or apa2 lah berkaitan dengan audit. Then I start lah round satu UMT ni semata2 nak cari BAD ni. I tanya semua orang ada yang cakap kat sini lah situ lah adododoiii mana satu pon I taktau. So, setelah hampir 30minit I jelajah UMT ni, finally ! I jumpa juga. Haihh memang lah tak jumpa bukan main kebelakang BAD ni. Tapi takpe my 1st day lah katakan, hehe. Okay, apa lagi kita start with the next challenge lah. I pon masuklah then berjumpa dengan Pembantu Tadbir (Kaksu). So, Kaksu pon bawa I jumpa "BOSS" iaitu En,Ridhuan. Haa tu dia sebut jee kata boss nervous terus lah! Boss ni takde lah garang pon tapiiiiii walaweh sampai2 jee terus interview tanya apa yang I tau pasal Audit. You know what, I datang sini langsung tak bawa apa2, apatah lagi study memang tak ! So, I jawab jela walaupun I tau benda tu tak betul sangat pon. Takpe, apa yang penting confident level tu kena ada, Haha. Okay lah, dah boleh stop membebel kot. I pon dah lapar nak pergi lunch ikang cicoh budu, Haha! uolss jangan lupa lunch pula tau !!! Okay bye, xoxo 

Saturday, 25 February 2017

ANAK JALANAN


aku,
aku yang sering dipandang hina dan dicaci
aku yang sering dibenci dan dikeji
aku yang sering dirasai tidak layak untuk disayangi


aku,
apa kurangnya aku
aku juga seperti kamu
manusia yang mempunyai sesuatu
sesuatu yang juga ada pada kamu
iaitu hati dan perasaan yang satu

aku,
aku yang dibilang tidak serupa
aku juga dikatakan tidak setanding mereka
mereka yang bekerjaya
mereka yang mempunyai semuanya

yee itu aku !
kita jauh berbeza
perbezaan yang jauh ketara
engkau tidur bersama katil yang berukiran
namun aku hanya beralaskan kotak yang berkeliaran
engkau hidup dengan dicurahi kasih sayang
namun aku hidup dengan kedukaan

aku,
aku tidak minta untuk jadi seperti ini
aku tidak mahu hidup begini
aku yang dilahirkan dengan cara sebegini

aku,
aku dibesarkan dengan kehidupan yang serba kekurangan
kurang dari segala didikan
mahupun kasih sayang
apatah lagi untuk perolehi kejayaan

aku,
aku cuma anak kecil 
anak kecil yang tidak tahu erti kebahagiaan
tapi aku memahami erti kehidupan
kehidupan yang mengajar aku agar aku terus kedepan
itulah aku ! seorang " ANAK JALANAN "


             
                                                                     -NRFHAKIRA-


SOUL

The dark world
people increasingly brutal
  deep inside I want to go
go away from this feeling

I try to step
stepping away from them
those whose are getting no heart
who lost their precious properties

where the happiness?
where the tranquility?
getting lost
disappear from view

should I be alone ?
should I remove it from my life ?
so that the dark back to light.

Why God?
why the heart gets weaker?
why did not rise from the fallen?

should you forget God that your worship?
for all who want you to change


-NRFHAKIRA-