Sejak kebelakangan ni ramai netizen2 yang tak bertauliah muncul dilaman sosial. Apa itu netizen? Haa meh lah ira explain sikit definisi netizen yee. Netizen adalah gabungan daripada dua perkataan iaitu Net(internet) dan Cetizen(warga). Gabungan dua perkataan ini menjadikan perkataan “Netizen”. Jika seseorang mengakses dan menggunakan internet seperti blogger, pengguna laman sosial facebook, twitter, email, instagram, dan sebagainya, golongan ini adalah dinamakan sebagai “netizen”.
okay! Bukan nak berpolitik gaiss cuma nak cakap sikit lah. Apa yang saya nampak masyarakat sekarang ni terutama anak2 muda sekarang hanya pandai berkata-kata tanpa hasil. Bercakap umpama raja tapi langsung tak bertindak. Nothing gaiss. Bila cakap pasal politik semua nak nampak gah nak nampak hebat. Sebab apa? Sebab terlalu terpedaya dengan media sosial yang selalu menjatuhkan bangsa sendiri dan terlalu dengar cakap orang sekeliling dan percaya tanpa usul periksa.
Tidak kisah lah seseorang itu salah atau tidak kalau tak nampak kejadian yang berlaku depan mata kalian jangan berani nak tampilkan diri seperti di dalam parlimen. Lebih baik berdiam dan bertindak tanpa kata apa2. Bukan berdebat tanpa bertindak. Apa hasilnya ? Bukan tak bersetuju dengan pendapat masyarakat cuma sesetengah daripada mereka sangat keterlaluan dalam memberi pendapat. Saya tidak berpihak dimana2 pihak dan seperti yang saya cakap penulisan ini bukan untuk berpolitik. Tapi anda anda dan anda jika ingin menulis sesuatu baca dahulu berulang kali sebelum di publishkan. Memberi nasihat dengan elok itu lebih baik daripada menghina. Tidak salah jika anda ingin memberi pendapat tetapi biarlah dengan cara yang elok dan tidak menggunakan bahasa2 yang kasar. Penghinaan kalian akan nampak yang anda lagi teruk dari yang teruk.
Haa lagi satu, bagi netizen2 yang suka kecam2 orang buat parodi sana sini. Korang tak rasa ke bila korang buat macam tu korang pon menunjukkan diri korang yang sebenar tau. Yee, mungkin itu hanya satu hiburan tapi bila sampai tahap mengguris hati orang lain itu bukan lagi hiburan sedangkan mereka sendiri tidak menjatuhkan aib anda. Kita sendiri selalu cakap budi bahasa budaya kita. Tapi kita sendiri tidak mempraktikkan adab dan budi bahasa itu sendiri. Beri pendapat biarlah dengan cara yang elok bukan dengan cara menghina dan menjatuhkan orang lain. Kita sendiri selalu membuat kesilapan bahkan sering mengulangi kesilapan. Peringatan saya ini untuk diri sendiri juga . Hehe ! Biarlah yang baik tu kita ambil dan manfaatkan dan yang buruk itu jadikan pengajaran.
No comments:
Post a Comment