Saturday, 25 February 2017

ANAK JALANAN


aku,
aku yang sering dipandang hina dan dicaci
aku yang sering dibenci dan dikeji
aku yang sering dirasai tidak layak untuk disayangi


aku,
apa kurangnya aku
aku juga seperti kamu
manusia yang mempunyai sesuatu
sesuatu yang juga ada pada kamu
iaitu hati dan perasaan yang satu

aku,
aku yang dibilang tidak serupa
aku juga dikatakan tidak setanding mereka
mereka yang bekerjaya
mereka yang mempunyai semuanya

yee itu aku !
kita jauh berbeza
perbezaan yang jauh ketara
engkau tidur bersama katil yang berukiran
namun aku hanya beralaskan kotak yang berkeliaran
engkau hidup dengan dicurahi kasih sayang
namun aku hidup dengan kedukaan

aku,
aku tidak minta untuk jadi seperti ini
aku tidak mahu hidup begini
aku yang dilahirkan dengan cara sebegini

aku,
aku dibesarkan dengan kehidupan yang serba kekurangan
kurang dari segala didikan
mahupun kasih sayang
apatah lagi untuk perolehi kejayaan

aku,
aku cuma anak kecil 
anak kecil yang tidak tahu erti kebahagiaan
tapi aku memahami erti kehidupan
kehidupan yang mengajar aku agar aku terus kedepan
itulah aku ! seorang " ANAK JALANAN "


             
                                                                     -NRFHAKIRA-


No comments:

Post a Comment