Friday, 9 February 2018

SURAT RAYUAN KE IPTA

ira ada something untuk korang . bagi yang tengah pening dok fikir pasal IPTA tu , jangan lah stress sangat . dah bukan rezeki kitakan. Bersoa lah agar diberi peluang untuk capai cita-cita kita . ALLAH itu kan MAHA PENDENGAR . lagi-lagi doa hambanya yang selalu berusaha dan tidak mudah putus asa . kat sini ira nak share lah sikit ngan korang . ira baru dapat information about SURAT RAYUAN PERMOHONAN KE IPTA . korang boleh hantar terus surat ni ke IPTA mana yang korang nak . tak perlu melalui UPU .



CONTOH SURAT RAYUAN PERMOHONAN KE IPTA


Nor Fhakira binti Abd Wahab,
133, Felda Keratong 2,
26900, Bandar Tun Razak,
Pahang Darul Makmur.

____________________________________________________________________


Pengarah,                
Jabatan Hal Ehwal Akademik,
Universiti Utara Malaysia,
06010 Sintok,
Kedah Darul Aman.                                                                                      22 Ogos 2013

Tuan,

RAYUAN PERMOHONAN TAWARAN PROGRAM PENGAJIAN IJAZAH SARJANA MUDA

Merujuk kepada perkara diatas, saya Nor Fhakira binti Abd Wahab,  9312140000 memohon agar terpilih dalam tawaran Program Pengajian Ijazah Sarjana Muda ambilan September 2013.

2. saya merupakan pelajar lepasan STPM 2012 dan saya telah mendapat keputusan iaitu 3B 1C- dengan PNGK 2.67.

3.saya telah membuat permohonan kemasukan ke universiti melalui UPU. dukacitanya, permohonan saya untuk memasuki ke mana-mana universiti awam di Malaysia telah ditolak. 

4. Di sini saya turut melampirkan dokumen-dokumen akademik dan kokurikulum untuk rujukan pihak tuan. Oleh itu, saya amat berharap rayuan saya ini dipertimbangkan. Segala kerjasama dan perhatian dari pihak tuan amat diharrapkan dan dihargai. 

Sekian,terima kasih

Yang benar,

________________________
(Nor Fhakira binti Abd Wahab)
No.telefon:0191234567



KLIK SINI untuk alamat universiti tempatan
*NOTA PENTING : sila lampirkan sijil STPM , SPM , MUET , KOKURIKULUM . better , pakai pos laju . cepat sikit kan J

okeh ! NOW , korang bole lah copy surat tu . bagi yang berminat je lah . at least kita berusaha . dapat tak dapat tu hanya TUHAN je yang boleh tentukan . so , kita sama-sama lah berdoa agar kita semua lulus dalam rayuan ke IPTA ni . amin …. bagi yang dah berjaya tu CONGRATE kay . jangan lupa belajar rajin-rajin J
alhamdulillah . konvokesyen pra universiti (STPM)

my strength


wakil pelajar SMKMS . STPM 2012
“YA ALLAH,kurniakanlah kami iman yang sempurna, hati yang kusyuk, ilmu yang berguna, keyakinan yang benar-benar mantap. kami mohon(YA ALLAH) kecukupan yang tidak sampai kami terpaksa meminta jasa orang lain”
“YA ALLAH , aku berlindung kepada-Mu dari sifat sedih dan gelisah . YA ALLAH, aku berlindung kepada-Mu dari sifat lemah dan malas . aku juga berlindung pada-Mu dari sikap pengecut dan bakhil serta dari cengkaman hutang dan penindasan orang.”
“jangan(YA ALLAH) Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri;walaupun kadar sekelip mata atau kadar yang lebih mudah dan cepat wahai TUHAN yang memperkenankan doa(perkenankanlah).”
“YA ALLAH , nikmat apa saja yang aku peroleh di waktu pagi hari atau seseorang di antara makhluk-Mu sebenarnya adalah dari-Mu, yang Esa dan tidak bersekutu, maka bagimu segala puji dan syukur.”
“AMIN YA ROBBAL ALAMIN”

No comments:

Post a Comment