Wednesday, 22 March 2017

Menukar Older Page, Newer Page and Home Kepada Gambar

Disebabkan harini bosan tahap apa pon dah taktau plus staff semua takde amik cuti termasuk boss hilang ghaib (meeting agaknya) so tinggal lah ira dan kaksu (pembantu tadbir) terkontang kanting didalam office yang kesunyian ni. Haha amboi intro tu over betul hahaha.

Okay so timbul lah sedikit sifat kerajinan nak share tutorial dengan you guys semua !!! Tutorial apa ekk. Alahh seperti tajuk diatas tu. Harini ira nak ajar uolss camne cara nak menukar perkataan Older,Newer Pages and Home kepada gambar.


Haa kalau korang taktau apa yang ira maksudkan ni boleh lah tengok contoh gambar kat bawah ni:

okay !!! takyah lah kita buang masa lagi kay, Hehe. Ira tau korang mesti nak blog korang comel camni kan . kihkihkih

okay ikut step ni :

1.Sign Blogger > Design > Edit HTML 

2.  Cari code di bawah, nak mudah uollss tekan Ctrl F, lepas keluar kotak Find, paste code di bawah ke dalam kotak Find.

expr:title='data:newerPageTitle'><data:newerPageTitle/>

3. Replace/padamkan code yang dimerahkan ( Newer Page )dan gantikan dengan code ini

<img src='https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi9PUdVTVJFFbwm1RCHxisgIcXyjEvqT5E_9hvR7tEaAKgojSD0R1tCpG6XgJPv7wA1qy34Ym9z2ULm9xCrBa234D7mLxTuUK4BBUU7SICeYFhRECbuffrq_MggWBZ1vJh_UQcgt2Pwhwo/s1600/638148hihxwgn8gx.gif'/>

* Boleh tukar yang biru dengan icon/gambar url ikut citarasa yang uolss nak : 

4. Cari code ini untuk gambar older pages pula :

expr:title='data:olderPageTitle'><data:olderPageTitle/>
5. Replace/padamkan code dimerahkan dan gantikan dengan code di bawah

<img src='https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhGQ7oLVUh6cLpIA4VyNpUjUs7HcNcn-SLeFqdBak6YjkAZGcNyzZnv64wsga7Uelf0AnbLqUstippMnxl_KDis4z9n-XRQ4tS4c1yZWytNAygSMAwljySA0KrmPkcg_V1DzIa8vlbfcQY/s1600/older.gif'/>

* Boleh tukar yang biru dengan icon/gambar url ikut citarasa yang uolss nak :

6. Cari code ini untuk Home pula :

expr:href='data:blog.homepageUrl'><data:homeMsg/>

7. Replace/padamkan code yang dimerahkan dan gantikan dengan code di bawah

<img src='https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhCLToV6v0T9QmTpU1l9C4tiY1tjzzWjTLSnMxYn9zeV1INTx30_ILCuPWYULtH7MNIcqCxwtHqfTmADL8wZJFfEg7ASWAJEss7GnOdksfQGCCDeFjBzaG5rxEc8H2eHUe9ybnSqn3qcpM/s1600/home+sweet+home.gif'/>

* Boleh tukar yang biru dengan icon/gambar url ikut citarasa yang uolss nak :)

8. Preview and SAVE. If gambar uolss tak keluar bila korang preview tu, uolss SAVE jee.

 GOOD LUCK 

Tuesday, 7 March 2017

Netizen

Sejak kebelakangan ni ramai netizen2 yang tak bertauliah muncul dilaman sosial. Apa itu netizen? Haa meh lah ira explain sikit definisi netizen yee. Netizen adalah gabungan daripada dua perkataan iaitu Net(internet) dan Cetizen(warga). Gabungan dua perkataan ini menjadikan perkataan “Netizen”. Jika seseorang mengakses dan menggunakan internet seperti blogger, pengguna laman sosial facebook, twitter, email, instagram, dan sebagainya, golongan ini adalah dinamakan sebagai “netizen”. 

okay! Bukan nak berpolitik gaiss cuma nak cakap sikit lah. Apa yang saya nampak masyarakat sekarang ni terutama anak2 muda sekarang hanya pandai berkata-kata tanpa hasil. Bercakap umpama raja tapi langsung tak bertindak. Nothing gaiss. Bila cakap pasal politik semua nak nampak gah nak nampak hebat. Sebab apa? Sebab terlalu terpedaya dengan media sosial yang selalu menjatuhkan bangsa sendiri dan terlalu dengar cakap orang sekeliling dan percaya tanpa usul periksa. 

Tidak kisah lah seseorang itu salah atau tidak kalau tak nampak kejadian yang berlaku depan mata kalian jangan berani nak tampilkan diri seperti di dalam parlimen. Lebih baik berdiam dan bertindak tanpa kata apa2. Bukan berdebat tanpa bertindak. Apa hasilnya ? Bukan tak bersetuju dengan pendapat masyarakat cuma sesetengah daripada mereka sangat keterlaluan dalam memberi pendapat. Saya tidak berpihak dimana2 pihak dan seperti yang saya cakap penulisan ini bukan untuk berpolitik. Tapi anda anda dan anda jika ingin menulis sesuatu baca dahulu berulang kali sebelum di publishkan. Memberi nasihat dengan elok itu lebih baik daripada menghina. Tidak salah jika anda ingin memberi pendapat tetapi biarlah dengan cara yang elok dan tidak menggunakan bahasa2 yang kasar. Penghinaan kalian akan nampak yang anda lagi teruk dari yang teruk. 

Haa lagi satu, bagi netizen2 yang suka kecam2 orang buat parodi sana sini. Korang tak rasa ke bila korang buat macam tu korang pon menunjukkan diri korang yang sebenar tau. Yee, mungkin itu hanya satu hiburan tapi bila sampai tahap mengguris hati orang lain itu bukan lagi hiburan sedangkan mereka sendiri tidak menjatuhkan aib anda. Kita sendiri selalu cakap budi bahasa budaya kita. Tapi kita sendiri tidak mempraktikkan adab dan budi bahasa itu sendiri. Beri pendapat biarlah dengan cara yang elok bukan dengan cara menghina dan menjatuhkan orang lain. Kita sendiri selalu membuat kesilapan bahkan sering mengulangi kesilapan. Peringatan saya ini untuk diri sendiri juga . Hehe ! Biarlah yang baik tu kita ambil dan manfaatkan dan yang buruk itu jadikan pengajaran.